Skim Perumahan Belia: Bantu Bujang & Dah Berkahwin Beli Rumah Pertama, Kerajaan Beri Bantuan Bulanan RM200!


Bagi golongan belia yang berumur antara 21 hingga 45 tahun dan bercita-cita untuk membeli rumah pertama tapi tak tahu caranya, info ni sangat berguna untuk korang! Pernah dengar BSN MyHome iaitu Skim Perumahan Belia? Bagi yang belum pernah dengar, skim ini direka untuk membantu belia yang ingin membeli rumah.........

.

 

Antara Kelebihan Lain Termasuklah:

Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subpembelian.100% pengecualian duti setem ke atas

surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000.

 

Syarat-syarat Kelayakan

 Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 45 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh     pembiayaan).

Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.

Pemilikan Hartanah Pertama sahaja.

Permohonan secara perseorangan atau bersama.

Pemegang Akaun BSN GIRO / GIRO-i.

Mempunyai bukti pembelian / pemilikan hartanah.

 

Dokumen yang Diperlukan

Borang permohonan BSN.Salinan Kad Pengenalan.

Sijil perkahwinan yang sah.

Pemohon Bekerja Tetap / Pemohon Bersama (pasangan sahaja).

Slip Gaji Terkini (asal dan salinan) untuk tempoh tiga (3) bulan. 

Nota: Jika bukan pemohon bersama, suami/ isteri pemohon perlu mengemukakan 1 bulan salinan terkini penyata gaji

Penyata Bank Terkini untuk tempoh tiga (3) bulan

Slip Gaji dan Penyata Bank Terkini untuk tempoh enam (6) bulan (bagi lain-lain pendapatan

Penyata KWSP

Surat Pengesahan Majikan

 

Pemohon Bekerja Sendiri / Pemohon Bersama (pasangan sahaja)

Pendaftaran Perniagaan/Syarikat

Borang B / BE + Resit LHDN

Penyata Kewangan Syarikat

Penyata Bank Organisasi untuk tempoh enam (6) bulan

Lain-lain Dokumen (Cth. Laporan Lawatan Tapak)

 

Bukti pembelian yang terdiri daripada salinan Perjanjian Jual Beli (SP), yang telah distem. Jika SP belum selesai, resit deposit   / pesanan pembelian pro forma boleh diterima bagi tujuan kelulusan permohonan

Salinan laporan penilaian (untuk pembelian hartanah siap daripada individu / bukan pemaju)  daripada panel penilai BSN

Salinan Geran Induk / Individu (jika ada)

Akaun berkanun bagi memastikan hanya yang layak untuk pembelian rumah pertama dan kegunaan sendiri sahaja yang layak untuk skim ini dan perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.

Akuan berkanun perlu ditandatangani oleh pemohon dan pasangan.

 

Klik sini untuk lihat: PENYATA PENDEDAHAN PRODUK BSN MyHome (SKIM PERUMAHAN BELIA) 

Klik sini untuk dapatkan borang permohonan: BSN MyHome (Skim Perumahan Belia)

 

 

Untuk dapatkan info lanjut mengenai skim ini, terus saja layari website Bank Simpanan Nasional

 

534 Views